Monday, September 14, 2009

Mengalungkan Selipar hina orang melayu.


Saya ingin mengulas sedikit komen berkenaan cadangan seorang perwakilan MIC yang mencadangkan agar potret Tun Dr.Mahathir di kalungkan dengan selipar adalah satu penghinaan dan biadap. walaupun cadangan itu bersifat pandangan individu seorang perwakilan MIC namun perkara yang dicadangkan itu amat serius dan tidak seharusnya berlaku. apa yang membuatkan saya hilang pertimbangan dan menghormati kredibiliti seseorang itu ialah sikap dan cara kepimpinan yang tidak langsung menghormati agama dan kaum bangsa yang lain. adakah dengan cara melepaskan kemarahan dan kebencian boleh memuaskan hati dan perasaan individu tersebut? amat jelas dan nyata cadangan itu menggambarkan kaum India di negara ini tidak menghargai jasa dan sumbangan Tun Dr.Mahathir terhadap masyarakat mereka dan ini menunjukkan pemikiran mereka sangat cetek dan bagaimana parti MIC boleh memilih atau melantik orang seperti ini menjadi perwakilan yang mewakili suara kaum india dalam persidangan besar sebegini dibenarkan berucap mengikut sesuka hati.

"beranikah sami vellu atau perwakilan MIC yang lain mengalungkan selipar di potret negarawan Tun Mahathir?" ini umpama meletakkan kepala untuk dipenggal sahaja. berkenaan dengan isu Tun Dr.Mahathir yang mengkritik presiden parti mic itu kerana tidak membuat apa-apa pada kaum india. bagi saya ini adalah kritikan dan teguran yang membina bukan menghina sami vellu dan kaum india. satu malaysia sudah pun tahun krisis kepimpinan MIC pada masa kini umpama pokok jati yang rapuh akarnya menanti masa untuk tumbang sahaja. jadi.."andai tiada seorang pun pemimpin MIC yang berani mengkritik presiden nya maka siapakah lagi yang lebih layak mengkritik sami vellu kalau tidak negarawan yang juga mantan Boss sami vellu itu sendiri".. apa suda jadi??.. harus diingat bahawa parti MIC dan UMNO adalah dibawah satu bendera iaitu Barisan Nasional.prinsip menghormati bangsa dan agama kaum yang lain adalah kunci keharmonian masyarakat malaysia pada masa kini.

"jangan ingat nak kalung selipar pada Tun Mahathir orang melayu akan berdiam diri"

selaku ahli Pemuda Umno kami akan mempastikan tiada siapa pun yang berhak menghina kaum melayu dan agama islam.

2 comments: