Friday, July 9, 2010

The Chronicle of my Toyota Ae70 Levin

"The Chronicle of my Toyota Ae70 Levin" ialah satu kisah benar sejarah pengembaraan saya sewaktu bujang untuk mengejar impian memiliki sebuah kereta Drift.. Seawal tahun 1995 saya mula meminati sukan drifting atau lebih dikenali permotoran drift dan setiap kereta drift yang saya terlihat pasti akan membuatkan saya teruja dan ingin memiliki sendiri jentera hebat ini..Maksud sebenar Drifting ini lebih jelas kalau anda menggambarkan situasi ini "Kalau kamu hilang kawalan bermakna kamu dalam kawalan Drift" memang susah nak digambarkan tetapi Drift lebih sinonim dengan ayat Pemanduan secara Melintang..berbalik kepada cerita pembikinan kereta Ae70 Levin saya ini bermula dengan usaha untuk mencari sebuah kereta drift yang boleh saya beli dengan duit kudrat saya sendiri..1sen pun tak pernah minta Mak Abah untuk projek car ini..tapi apa yang lebih menarik tentang kereta Levin ini ialah saya telah membuatnya berasal daripada Bangkai.."BANGKAI" ya..bila saya sebut bangkai bermaksud kereta ini berasal daripada kereta buruk yang tiada engine,kerus,roadtax,insurance,rim,suspention dan Totally Bangkai haha.."macam ada brani buat kereta macam saya?..hehe" kereta ini saya beli dalam keadaan Bangkai daripada kawan baik saya iaitu saudara Afiq di Pulau Labuan dengan harga 1 ribu..pertama kali saya melihat kereta ini saya pasti ramai yang kata saya Gila kerana membeli kereta seburuk ini..tetapi istilah Cinta pandang Pertama la yang membuat saya yakin dan kuat semangat untuk mahu menjadikan kereta buruk ini menjadi kereta drift suatu hari nanti..

setelah selesai proses pembelian kereta ini dibuat saya terus membawa Levin ini ke Kota Kinabalu dengan menaiki trailer daripada Labuan ke KK dengan kos 400 ringgit..dan setibanya kereta ini di kk saya telah melantik Bengkel Can Mesra Sdn.Bhd iaitu bengkel kawan saya untuk kerja-kerja pembikinan semula levin ini..Setelah itu proses seterusnya ialah mencari nadi jantung untuk levin ini iaitu engine 4AGE 16v yang saya beli daripada kawan saya itu sudara Adek dengan harga RM2400 sahaja kemuadian membeli Rim Black Racing 15inch daripada seorang kawan di daerah Sipitang dengan kos Rm1500 tidak termasuk tayar..setelah kerja pembikinan semla kerangka kereta ini saya telah membeli set warna Pewter Ferrari untuk kereta saya ini dengan kos rm800 tidak termasuk upah membaiki kereta lagi..proses seterusnya ialah mencari beberapa racingpart seperti HKS Cam yang saya tempah Direct dari negara jepun dengan harga Rm2200 sebab cam HKS untuk engine 4Age 16v ini sangat susah mau cari dimalaysia..seterus nya Racing Clutch 3 & Flywheel daripada jenama TODA dibeli di Kuching Sarawak dengan harga rm2000..dan hampir semua part lama diganti baru seperti lampu depan,blakang,signal,cermin,getah cermin,overhaul engine,kit accessories dan bush bush excel dan lowerarm..semua diganti dengan kos Rm3000. setelah semuanya sudah terbeli akhirnya proses pemasangan bermula..

sewaktu saya bersama mekanik membuat kereta ini kami tidak kelangkabut atau membuat kerja cincai..hampir semua aspek diteliti dengan baik agar kereta ini selamat digunakan dijalanraya kelak..dan masa habis digunakan untuk menyiapkan kereta ini hampir 1 tahun setengah..dan selepas itu tidak terduga saya telah bertunang dengan isteri kesayangan saya waktu itu dan dia telah menghadiahkan saya sepasang Bucket seat Bride yang dibeli dengan harga Rm1000 ringgit untuk memberi sokongan terhadap projek kereta saya ini...dan setelah siap kereta ini bina akhirnya saya telah menggantikan suspensi kereta saya ini dengan Adjustable Suspention jenama Tein Original Toyota Trueno Ae86 kos Rm2000. dan hampir semua kaki lower arm depan dan belakang kereta ini telah ditukar dengan model Trueno Ae86 dengan kos Rm1800. seterusnya proses membeli Rim 13inci yang sesuai untuk Drift dengan Harga RM1600 termasuk tayar..kos seterusnya melibatkan Wirering semula,pipeping exzos,extractor 4-1 racing baru,welding excel dan custom ducktai spoiler yang dibuat sendiri dengan kos keseluruhan rm1200...

Dan akhir sekali kos pendaftaran semuala untuk road tax dan insurance kereta memakan kos sebanyak rm1000 ringgit. setelah berpuas hati dengan keadaan levin ini saya telah memulakan latihan Drifting saya secara solo dengan kereta levin ini dan ternyata agak susah hendak mempelajari teknik Drift ini pada awalnya..namun atas usaha da semangat yang tinggi saya dalam mengejar cita-cita hendak menjadi seorang pemandu professional dala sukan Drift ini saya telah Menjadi Ahli D1 Club KK Sabah yang mempunyai ahli Drifter seramai 40 orang dan telah menyertai beberapa Event Drifting disabah seperti D1KK,Burnout 360,dan yang terbaru FXopen dan untuk makluman FXopen adalah penganjur terbesar sukan Drifting dimalaysia dan syukur saya kini telah menjadi ahli Fxopen melalui saudara Ezzat pengurus Fxopen Malaysia. dan setelah hampir 3 tahun bersama Levin ini saya akhirnya Telah berkahwin dengan Isteri tersayang pada 31 Julai 2009 dan kini mempunyai seorang Putera yang baru lahir pada 11Jun 2010 yang bernama Datu Nazrin Arif..dan setelah kereta ini siap terbina dengan hampir kos menceceh RM30k akhirnya saya berpuas hati dengan prestasi kereta saya ini dan kini bercadang untuk membeli sebuah lagi kereta berkonsepkan kereta Drift iaitu Nissan Cefiro RB20Det yang bakal dibeli dalam masa terdekat..tetapi kereta cefiro ini bukan untuk main drift cuma untuk Stylo Ride sahaja..juga sesuai untuk famili car..dan bercadang untuk mengekalkan kereta levin ini untuk kegunaan Sukan Drift sahaja..memandangkan saya mempunyai banyak kereta persendirian seperti Mercedes w202,Wira Convert Evo,Toyota Levin,Nissan Cefiro (akan datang) dan sebijik Scooter Vs150 maka saya berhasrat ingin mengurangkan Aset saya sebab dah malas nak jaga banyak kereta..so maybe kereta levin dan wira akan saya letgo dalam masa terdekat ini..walaupun saya telah berhabis puluhan ribuan ringgit untuk kereta kesayangan saya ini..namun saya rasa sudah tiba masanya saya menggunakan Nissan Cefiro sebagai kereta Drift menggantikan Toyota Levin saya yang cuma 2 Pintu itu..

Berikut beberapa Gambar dan aksi Drifting yang saya lakukan..

Bersama En.Ezzat Pengurus FXopen Malaysia









En.Ezzat bersama Tengku Djan Drifter Malaysia diperingkat Internasional
ditemuramah oleh Elly Iskandar di Sri Pentas TV3 untuk program FXopen
baru-baru ini.






berikut ada video persembahan drift saya semasa hari belia negara 7-8 ogos 2010 di stadium likas

Thursday, September 17, 2009


Tiada sekatan jalan di musim perayaan

Polis trafik hari ini memberi jaminan tiada sekatan jalan akan dilakukan di semua lebuh raya dan jalan utama negara sepanjang musim perayaan ini.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata ini bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik pengguna jalan raya dari satu destinasi ke destinasi lain selain mengelakkan kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan.

“Jika kita melakukan roadblock, kelancaran trafik di sesuatu kawasan seperti di lebuh raya akan terganggu dan ini boleh menimbulkan kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita pada Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Yayasan Belia Malaysia di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Beliau berkata sekatan jalan akan diadakan jika polis menerima maklumat mengenai sesuatu perkara yang memerlukan tindakan dan kawalan segera pada sesuatu masa di lebuh raya atau jalan-jalan utama berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rungutan sesetengah pengguna jalan raya yang berhadapan sekatan jalan raya ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing pada musim perayaan ini.

Sekatan jalan raya khasnya di lebuh raya dilihat menggangu perjalanan pengguna dan menimbulkan masalah kerana ada yang terpaksa memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba ketika sedang memandu laju.

Abdul Aziz berkata polis bagaimanapun akan menggunakan rakaman video dari helikopter untuk mengesan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau berkata polis akan meningkatkan rondaan setiap hari menggunakan helikopter di semua lebuh raya dan jalan yang menghubungkan jalan utama dengan negeri bagi mengesan pesalah trafik itu.

“Menerusi video itu, anggota polis akan memaklumkan kepada anggota peronda yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian yang seterusnya akan menahan pengguna yang gagal mematuhi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata untuk musim perayaan ini seramai 2,500 pegawai dan anggota polis akan terlibat dalam Ops Sikap selain penglibatan pegawai dan anggota dari Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)

Monday, September 14, 2009

Mengalungkan Selipar hina orang melayu.


Saya ingin mengulas sedikit komen berkenaan cadangan seorang perwakilan MIC yang mencadangkan agar potret Tun Dr.Mahathir di kalungkan dengan selipar adalah satu penghinaan dan biadap. walaupun cadangan itu bersifat pandangan individu seorang perwakilan MIC namun perkara yang dicadangkan itu amat serius dan tidak seharusnya berlaku. apa yang membuatkan saya hilang pertimbangan dan menghormati kredibiliti seseorang itu ialah sikap dan cara kepimpinan yang tidak langsung menghormati agama dan kaum bangsa yang lain. adakah dengan cara melepaskan kemarahan dan kebencian boleh memuaskan hati dan perasaan individu tersebut? amat jelas dan nyata cadangan itu menggambarkan kaum India di negara ini tidak menghargai jasa dan sumbangan Tun Dr.Mahathir terhadap masyarakat mereka dan ini menunjukkan pemikiran mereka sangat cetek dan bagaimana parti MIC boleh memilih atau melantik orang seperti ini menjadi perwakilan yang mewakili suara kaum india dalam persidangan besar sebegini dibenarkan berucap mengikut sesuka hati.

"beranikah sami vellu atau perwakilan MIC yang lain mengalungkan selipar di potret negarawan Tun Mahathir?" ini umpama meletakkan kepala untuk dipenggal sahaja. berkenaan dengan isu Tun Dr.Mahathir yang mengkritik presiden parti mic itu kerana tidak membuat apa-apa pada kaum india. bagi saya ini adalah kritikan dan teguran yang membina bukan menghina sami vellu dan kaum india. satu malaysia sudah pun tahun krisis kepimpinan MIC pada masa kini umpama pokok jati yang rapuh akarnya menanti masa untuk tumbang sahaja. jadi.."andai tiada seorang pun pemimpin MIC yang berani mengkritik presiden nya maka siapakah lagi yang lebih layak mengkritik sami vellu kalau tidak negarawan yang juga mantan Boss sami vellu itu sendiri".. apa suda jadi??.. harus diingat bahawa parti MIC dan UMNO adalah dibawah satu bendera iaitu Barisan Nasional.prinsip menghormati bangsa dan agama kaum yang lain adalah kunci keharmonian masyarakat malaysia pada masa kini.

"jangan ingat nak kalung selipar pada Tun Mahathir orang melayu akan berdiam diri"

selaku ahli Pemuda Umno kami akan mempastikan tiada siapa pun yang berhak menghina kaum melayu dan agama islam.

Saturday, September 5, 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

azlanDalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Azman juga merupakan naib ketua Umno bahagian Teluk Kemang.

Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.

Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan.

"Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya.

Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.

Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lalu.

Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan ekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bdul Samad.

"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau dalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. aya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan abah," kata Mohamad.

Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh mno Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan.

Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam ugasan yang diberikan kepadanya.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam ini.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Abdul Razak ansor berkata beliau akan mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR Isnin ini (7 September).

"Terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi ilihan raya kecil DUN itu," katanya.

Friday, September 4, 2009

Salam perkenalan dari nazadrifter@blogspot.com

assalammualaikum..terima kasih kerana memasuki ruangan nazadrifter ini. untuk makluman pembaca,blog ini dibangunkan sepenuhnya oleh datu mohd nazaruddin (pemilik nazadrifter@blogspot.com) dan buat masa ini laman blog ini masih dalam pembangunan (under construction develope) insyallah dalam sedikit masa lagi blog ini akan memulakan lonjatannya.